Saturday, July 25, 2009

Pedicabs

Siapa sangka akan berjumpa dengan beca di California. Kami berjumpa dengan beca di bandar San Diego, bandar yang paling selatan dan berhampran dengan Mexico. Disini beca ini atau dipanggil "pedicab" (dari perkatan pedal cabs) adalah amat popular untuk membawa bukan sahaja pengunjung tetapi penduduk tempatan. Melihat beca ini, kami terus teringat Kota Bharu. Cuma yang berbeza adalah disini beca dikayuh oleh anak-anak muda lelaki maupun perempuan, lain yang di Kota Bharu yang dikayuh oleh Pak Cik.

No comments: